MATI - antara Hablummin Allah Hablumminannas

Pagi ni minda ku diasak dengan persoalan MATI @ saat kematian ku.

Mati pemutus kelazatan.Mati merupakan perpindahan dari alam kepura-puraan ke alam realiti dan mati juga permulaan tempoh masa penyesalan.

Sijahil akan menyesal kerana semasa hidupnya tidak bertakwa dan si alim pun juga menyesal kenapa cuma di tahap itu sahaja takwanya.

Mahu berbalik semula ke dunia adalah mustahil lalu penyesalan itu akan berlarutan hinggalah ke final ending iaitu samada syurga atau neraka.

Mengapa tiba-tiba saja persoalan ini menghunjam datang dengan begitu mendebarkan - apakah ketika ini Malaikat Maut telah datang menziarahi ku?

Bukankah telah Rasulullah SAW berpesan bahawa Malaikat Maut akan datang menziarahi kita setiap 27 minit.

Persoalan takwa adalah persoalan hablummin Allah

Bila diri telah berpisah roh dan jasad lalu jasad dimandi,dikafan dan di kebumikan.Ketika itulah saudara mara,sahat handai dan kenalan akan datang berziarah buat kali yang terakhir.

Mungkin ramai mungkin sedikit tergantunglah kepada populariti kita dan Hablumminannas kita.Tetapi persoalan utama ialah bukannya ramai atau tidak yang datang berziarah itu tetapi berapa orangkah di antara yang datang itu mahu turut menyembahyangkan jenazah kita atau seminimanya mahu menyedekahkan Al Fatihah kepada kita.

Ataukah sekadar kehadiran mereka itu serupa dengan majlis alumni - malis pertemuan semula antara kenalan-kenalan kita yang sesama mereka dah lama tak jumpa.Datang,bersua muka,sembang-sembang pas tu pulang!

Ya Allah ..... di antara semua persoalan-persoalan itu yang manakah agaknya milik aku ??? Harapan untuk meninggal dunia di bumi Madinatul Munawwarah atau di Tanah Haram Makkah Mukarramah .... bagaimana???

Jawapannya tetap berkait rapat dengan Hablummin Allah dan Hablumminannas !!!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam