Odyssey Abu Farhaan alPendangi

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam ukhuwah buat semua pengunjung blog ini yang saya hormati.Semoga kita semua akan beroleh manfaat dari blog ini.

Entri yang akan memenohi laman blog ini bukanlah mendabik dada dengan secebis ilmu yang ada tetapi lebih merupakan muhasabah diri.Memperingati diri sendiri disamping berkongsi ilmu yang ada sesama kita untuk tujuan yang satu - mencari keredhaan Illahi.

Tanggungjawab kita semua adalah berdakwah.Cuma medium berdakwah itu saja yang akan berbagai berdasarkan kepada minat dan kebolehan masing-masing.Pastinya pada diri saya akan mencuba,Insha Allah akan menjadikan blog ini sebagai alat untuk berdakwah kepada diri sendiri khususnya dan pembaca semua amnya.

Justru itu saya memohon agar teguran,pandangan dan cadangan dari anda pembaca sekelian akan memenuhi ruang komen entri-entri blog ini nanti untuk manfaat kita semua bersama.

Seiring dengan keberkatan tarikh ulang memperingati peristiwa agung Isra' dan Mikraj 1432H - saya membuat perubahan title blog ini dari Sepanjang Jalan dari Pendang kepada Odyssey Abu Farhaan alPendangi untuk melebarluaskan lagi skop perbicaraan.

Odyssey adalah perkataan dari bahasa Greek yang bermaksud pengembaraan jauh yang dipenuhi peristiwa dan pengalaman.Istilah odyssey juga digunakan untuk menceritakan perjalanan pencarian makna hakiki kehidupan dengan akal intelek dan jiwa spiritual.

Abu adalah perkataan dari bahasa Arab yang bermakna bapa.

Farhaan adalah singkatan dari nama hero bongsu saya - Muhammad Nabil Farhaan.

alPendangi semestinya menyatakan bahawa saya adalah anak kelahiran Pendang,Negeri Kedah Darul Aman.

Begitulah yang ingin saya jelaskan berkaitan perubahan ini yang bermaksud juga perubahan diri rohani dan jasmani sejajar dengan semangat Isra' dan Mikraj ini.

Akhirul kalam - diharapkan blog ini akan berdaya menjawab di hadapan alKhalik nanti bila disoal mengenai apakah yang telah saya lakukan untuk membantu `mengembangkan dan menyebarkan' agama Allah SWT.

Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia Baginda Rasulullah SAW.

والسلام

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam