Catatan 31 Ogos 2011
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Laungan itu bergema seluruh urat nadi dan alam sekitar rakyat dan bumi Malaysia walau pun pastinya ada dikalangan rakyat marhaen ketika itu masih terpinga-pinga betulkah kita ni dah merdeka???
Sebagaimana kini tetap ada kalangan masyarakat yang masih tertanya-tanya betulkah kita ni betul-betul merdeka??? Suara yang dilontarkan kepada alam Malaysia oleh Mohamad Sabu baru-baru ini adalah perwakilan suara sebenarnya dari kelompok masyarakat ini yang mahu negara mempunyai catatan sejarah yang sebenarnya.Di negara yang tidak `bebas bersuara' seperti Malaysia ini tak ramai yang seberani Mohamad Sabu untuk bersuara lantang meski pun sebenarnya ramai yang tahu hakikat sebenar apa yang berlaku di masa-masa silam semasa memproses kemerdekaan.
Jika dalam bidang keugamaam wujud perkataan ` ulamak bisu ' mungkin di sini sesuai untuk diwujudkan pula perkataan ` sejarawan bisu '
Itu persoalan nasional dan aku tak nak mengulas panjang.Yang lebih penti...