Senarai Semak Sebelum Melangkah Keluar Dari Madrasah Ramadan
Beberapa hari saja lagi Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Dan mahu tidak mahu kita harus melangkah keluar meninggalkan sekolah yang hebat ini.
Sebelum melangkah keluar, beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya kita tidak melangkah dengan tangan kosong.
1. Tujuan
Allah Taala telah menetapkan bahawa tujuan madrasah ini dibuka adalah untuk melahirkan hamba yang bertakwa.
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”(Al-Baqarah:183)
Oleh itu, ketika kita mula melangkah memasuki gerbang Ramadan, kita mesti benar-benar menyedari apa yang hendak kita capai sepanjang berada dalam bulan ini, iaitu takwa. Dan sebelum kita melangkah keluar, pastikan sama ada tujuan itu tercapai atau sebaliknya.
2. Makna takwa (taqwa)
Taqwa dari segi bahasa bermakna, memelihara diri atau melindungi diri dengan sesuatu agar terselamat dari perkara yang tidak disukai seperti memakai baju untuk melindungi diri daripada sejuk dan panas, memakai perisai untuk memelihara diri daripada terkena sasaran panah dari musuh dan sebagainya.
Taqwa kepada Allah bermakna, melakukan apa yang disuruh kerana mengharap pahala daripada-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang kerana takutkan siksaan-Nya.
Ketika mentafsirkan firman Allah agar mukmin bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, Ibn Masud berkata: Allah perintahkan supaya Dia ditaati dan tidak diingkari, diingati dan tidak dilupai, disyukuri dan tidak dikufuri.
3. Kedudukan muttaqin atau orang yang bertakwa
i. Orang yang paling mulia di sisi Allah, “…Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, …” (Al-Hujurat:13)
ii. Dikasihi Allah, “… Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran: 76; At-Taubah: 4 dan 7)
iii. Allah sentiasa bersama, “…Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah:194; at-Taubah: 36 dan 123)
iv. Hanya amalan orang yang bertakwa diterima di sisi Allah, “…Hanyasanya Allah menerima (korban) daripada orang-orang yang bertakwa.” (Al-Maidah: 27)
4. Ganjaran takwa
Untuk orang yang bertakwa disediakan ganjaran yang tidak ternilai sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Contoh ganjaran di dunia:
i. Dimudahkan jalan penyelesaian ketika berhadapan dengan masalah dalam kehidupan dan diberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka,
“...dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya... Dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.” (At-Talaq: 2,3,4)
ii. Diberi petunjuk dapat membezakan kebenaran dan kepalsuan,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” (Al-Anfal: 29)
iii. Allah menjadi wali kepada mereka sebagai Penolong dan Pelindung,
“Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikit pun dari pada (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Jathiah: 19)
Ganjaran di akhirat pula adalah syurga yang luasnya antara langit dan bumi dengan segala kenikmatan yang tidak pernah tergambar di mata dan tidak pernah terlintas di minda.
“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa;” (Ali Imran: 133)
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur; Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya; Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman; Mereka tidak mendengar di dalam syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta; Sebagai balasan daripada Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikan-Nya),” (An-Naba’: 31-36)
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan mata-mata air terpancar padanya. (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata):
“Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman”. Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.” (Al-Hijr: 45-4.
5. Ciri-ciri muttaqin
Allah telah menyatakan dengan terperinci cirri-ciri orang yang bertakwa di beberapa tempat dalam al-Quran. Antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 3-5, Ali Imran ayat 16-17 dan ayat 134-135, dan az-Zariat ayat 16-19.
Daripada ayat-ayat tersebut dapat disimpulkan ciri-ciri muttaqin yang paling penting ialah:
i. Beriman kepada yang ghaib dan kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah
ii. Pemurah dan suka membelanjakan harta di jalan Allah tanpa mengira waktu lapang atau sempit
iii. Kurang tidur pada waktu malam kerana beribadah dan beristighfar pada waktu dinihari
iv. Sabar, menahan marah dan pemaaf
v. Segera bertaubat ketika melakukan dosa dan kesalahan
vi. Memiliki sifat ihsan
6. Mengekalkan ketakwaan
Sesungguhnya semua ibadah yang dituntut oleh Allah ke atas hamba-Nya, tidak kira apa pun bentuknya adalah bertujuan melahirkan insan yang bertakwa. Firman-Nya bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.” (Al-Baqarah: 21)
Bahkan hukuman qisas yang merupakan satu daripada bidang hukum jenayah, jika dilaksanakan sebagaimana yang disyariatkan akan membawa kepada taqwa.
“Dan dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 179)
Justeru, cara untuk mengekalkan sifat takwa dalam diri ialah menunaikan semua ibadah, sama ada ibadah khusus atau umum sebagaimana yang disyariatkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya ibadah diabaikan, takwa akan pudar dan terus malap.

Oleh USTAZAH MAZNAH DAUD
Comments
Post a Comment