Thursday, September 01, 2011

Agenda Hari Raya Ku

Syukur kerana perubahan cuaca yang berlaku membolehkan kehadiran Hari Raya Aidil Fitri tahun ni disambut dengan meriah.Jika beberapa hari sebelumnya hujan turun dengan lebatnya hinggakan paras air di Sungai Pendang telah melimpahi tebing dan air sungai yang sebak ini telah membanjiri beberapa buah kampung di pinggir sungai.Hari raya yang pertama dan kedua langit cerah dan hujan dah tak turun.

Aku plak bila dah bergelar warga emas nih - `what to do' sambutan aidil fitri kali ni macam biasa sahaja.Lepas solat sunat aidil fitri,beraya ke rumah emak dan bapa pastu ke rumah mertua di Kepaka Batas,Alor Setar dan saudara mara terdekat sebelah mertua - abis dah satu hari.

Hari raya kedua beraya ke rumah saudara mara terdekat sebelah bapa dan petangnya ke rumah keluarga mertua adik Noor Azam di Sungai Derhaka sebelum balik singgah sat kat Pekan Tanjung Dawai tengok apa-apa yang sesuai kalau nak dibeli.

Komen isteri ku - tak perlu beli apa-apa lah kerana harga-harga ikan bilis,ikan kering dan barang makanan jajan yang dijual kat situ harganya lebih mahal kalau dibandingkan dengan kat kedai-kedai di Pendang.Aku setuju jerr .....

Malam ... ngadap laptop,surfing then zzzzzzzzzzzz (perut dah kenyang ngan juadah raya apa lagi membuta lerr jawabnya)

Hari ni plak nak ke rumah saudara mara sebelah mak di Kampung Banggul Berangan dan Kampung Banggul Enggok,Labu Besar,Kulim,Kedah ....... ending dah hari raya ketiga.

No comments:

Post a Comment