Kitab Shahih Tafsir Ibnu Katsir

Koleksi Santapan Minda ku bertambah lagi....

Sampai dah Kitab Shahih Tafsir Ibnu Katsir yang aku pesan dari Mujahid Resources, Kajang, Selangor.Bertambah lagilah bahan untuk aku mengisi masa dan usia emas ini.Semoga aku berkesempatan untuk menelaahnya sehingga khatam,Insha Allah!

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan servis En. Mujahid.Cepat dan packagingnya pun bagus dan tidak ada kerosakan fizikal pada kitab-kitab tersebut disebabkan oleh transportation.

Jika anda ingin memilikinya juga bolehlah berhubung dengan En. Mujahid di 0123657440 Satu jilid lengkap mengandungi 9 buah terbitan Pustaka Ibnu Katsir dan harganya di toko-toko buku di Alor Setar sekitar RM800 jika pesanan pos dari En. Mujahid ni cuma RM530 sahaja dan kos pos percuma.

Di ketika ekonomi gawat kini dimana tuntutan untuk berjimat cermat amat perlu sedangkan menuntut ilmu adalah wajib makanya di sinilah tersedianya pilihan.

Bermulanya dengan Tafsir Ibnu Katsir dan kini dinamakan Shahih Tafsir Ibnu Katsir. Persoalannya - mengapakah timbulnya perkataan `SHAHIH' itu ???

Isi kandungan asal Kitab Ibnu Katsir telah disaring,dimurnikan dan dibersihkan dari berbagai riwayat hadis dan atsar yang dhaif (lemah) oleh Team Ahli Tafsir di bawah pengawasan Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri.Kini anda dapat membaca kitab ini dengan selesa tanpa ragu dan khuatir akan keshahihan (kebenaran)nya.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam