442 jemaah berlepas jam 1.30 pagi 29.09.2011

Nabi Muhammad S.A.W telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam sebuah hadis:

"Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk 'bertemasya', perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis."“Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”.

(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bagi musim 1432 Hijrah seramai 442 orang telah pun berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA), Sepang.Mereka adalah sebahagian dari 28,000 jemaah dari Malaysia yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Jemaah haji ini diterbangkan dengan pesawat Saudi Airlines dan dijangka tiba di Madinah sekitar jam 5.25 pagi (waktu Arab Saudi) dan dijangka pulang ke tanah air pada 12 November,2011 melalui Jeddah.

Penerbangan terakhir ialah pada 30 Oktober,2011 dan dijangka pulang pada 11 Disember,2011.

Nota :

1. Jemaah bertolak jam 1.30 pagi 29.09.2011 dan akan tiba di Lapangan Terbang Madinah sekitar jam 5.25 pagi 29.09.2011.Perjalanan memakan masa sekitar 8 jam 20 minit menghala ke arah matahari naik.Jadinya masa dalam sehari yang akan ditempuhi nanti akan lebih awal dari masa dalam sehari yang akan kita lalui jika berada di tanah air.Beza masanya ialah 5 jam.Jadinya jemaah haji penerbangan pertama itu dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Madinah sekitar jam 10.25 pagi waktu Malaysia.

Jika tidak ada perubahan masa penerbangan dan urusan birokrasi oleh pihak kastam/imegresyen berjalan lancar,jemaah haji ini akan sempat berjemaah zohor di Masjid Nabawi (waktu zohor sekitar jam 12.00 tengahari (waktu tempatan)

2. Sebak rasa hati ku bila membaca berita mengenai jemaah haji sebegini.Begitu cepatnya masa berlalu.Dah pun 1 tahun berlalu.Dah pun setahun aku menggalas title Haji.Persoalannya : apakah aku telah berjaya menjalankan @ melaksanakan amanah Allah SWT untuk menjadi `penolong agama Nya' di muka bumi ini setelah dijemput hadir dan diraikan sebagai tetamu Nya tahun lalu ............ ???

Terlalu sukar untuk menjawab soalan ini .......... Astaqhafirullah ... Ya Allah ampunilah dosa-dosa ku kerana mengabaikan amanah Mu dan leka dengan kenikmatan dunia!

Apakah aku akan diberi peluang ke 2 untuk menjadi tetamu Mu ???

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam