Akhirnya ..... Yahudi yang menang!

Akhirnya hari ini gugurlah Muammar Ghadaffi setelah sekian lama berita kekejamannya sebagai pemerintah Libya dicanang serata dunia.Ketika media antarabangsa dikawal sepenuhnya oleh Yahudi satu tanda tanya sewajarnya berada di minda kita ... apakah kita menilai peribadi Muammmar Ghadaffi ini dari kaca mata seorang yang nutral atau pun terpaksa mengguna kaca mata Yahudi juga.

Seperti adanya kesepakatan antara bangsa untuk melenyapkan beliau.Jika dahulu Yahudi diusir keluar dari Libya semasa beliau berkuasa,kini Yahudi telah pun berpeluang kembali ke sana.Tak mustahil pemerintah pengganti Muammar Ghadafi adalah adikong Yahudi.Hubaya-hubaya tetangga-tetangga Libya .... menunggu masa untuk menerima nasib yang sama.

Andaian sebegini muncul di minda ku bila terkenangkan kisah Presiden Idi Amin di Uganda suatu ketika dahulu.Seorang muslim yang dikhabarkan begitu kejam sehinggakan sanggup memakan daging manusia lalu antarabangsa pun menjatuhkannya.

Setelah beliau tiada barulah muncul kisah-kisah realiti kebaikannya kepada rakyat Uganda yang tidak menyenangkan kelompok berkepentingan antarabangsa.

Yang pasti jarum masa tak akan dapat diputar kembali.Yahudi juga yang menang!.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam