Monday, October 10, 2011

Jemaah Maut Jatuh Tingkat 9 Hotel Al-Haram,Madinah.

Kelmarin sekitar jam 4.00 waktu tempatan (jam 9.00 waktu Malaysia) tragedi ini berlaku Hotel Al-Haram,Madinah.Akhbar melapurkan mangsa terjatuh dari tingkat 9 ke bawah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jemaah wanita ini berasal dari Selangor itu mengerjakan ibadah haji bersama suaminya dan ketika kejadian ini beliau bersendirian di biliknya.Pihak Tabung Haji masih menyiasat punca kejadian.

Takziah kepada suami,kaum keluarga dan sahabat handai arwah.Semoga semuanya redha dengan kejadian ini dan bersyukur kerana khabarnya jenazah akan akan di kebumikan di Perkuburan Baqi' (ramai yang berkeinginan untuk disemadikan di situ,namun yang bertuah dan terpilih adalah rahsia Allah SWT)

Aku agak laa - jemaah ini terdorong jatuh semasa beliau mahu menyidai pakaian basuhan di jenang tingkap hotel.Biasanya 4 orang akan menginap di dalam satu bilik dan pakaian basahan akan sukar untuk dijemur.Jadinya ada jemaah yang akan membuka tingkap hotel dan menjadikan jenang tingkap sebagai ampaian.

Wajarlah selepas ini perkara keselamatan sebegini di beri peringatan kepada jemaah haji semasa sesi taklimat @ ceramah kursus haji.

No comments:

Post a Comment