Sunday, February 15, 2015

Nilailah Dengan Pandangan Mata & Hati ( N3 : 28.10.2011)

"Orang zaman dulu miskin sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi Alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai berai. Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ini bukan boleh beli di market, tapi ia datang daripada Allah SWT...."

Petikan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kuliah Medan Ilmu 5 Januari 2010.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidaklah aku di dunia ini melainkan seperti seorang pengembara yang berteduh sementara di bawah bayang sebatang pokok, kemudian setelah berehat dia meninggalkan pokok tersebut..."

- Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad. Turut dinukilkan di dalam Mustadrak oleh Imam Hakim
Tok Guru Nik Aziz pernah berkata, '..walau sedap dan mahal mana pun makanan yang kamu makan, kamu tidak boleh makan lebih dari hadnya. Yang akhirnya makanan itu jadi najis dibuang ditandas.'

No comments:

Post a Comment