Wednesday, October 12, 2011

Tu diaaaaaaa ...... dapat dah!

buku yang beratus-ratus peratus releven ngan aku!

Sebenarnya dorongan utama aku untuk berusaha keras mengurangkan berat badan ini adalah apabila terkenangkan ceramah kat radio hari tu.Bukan bab gemuk yang disentuhnya tapi berkaitan ngan `makan'.So connectionnya memang la ada - kalau dah `buruk makan' tu memang laa akan montel jadi nyerr!

2 isu yang diutarakannya dan aku catatkan kat sini lebihkurang camni laa.

1. Dalam satu majlis tu lalulah seorang hamba Allah sambil bersedawa kekenyangan berdekatan dengan Rasulullah SAW.Lalu Rasulullah SAW pun bersabda "jauhkanlah orang itu dari aku" Para sahabat lalu bertanya "kenapa ya Rasulullah!"

Jawab Rasulullah " orang yang paling kenyang di dunia ini adalah orang yang paling lama kehausan di akhirat nanti"

(Ya Allah! aku kalau makan selalunya macam hamba Allah tu laa .... eeiiii seramnyerr kat akhirat nanti)

2. Sabda Rasullah SAW "Sesungguhnya kami adalah dari golongan orang-orang yang hanya makan apabila lapar dan akan berhenti sebelum kenyang"

(Ya Allah! kalau dinilai dari kriteria ni dah memang konfirm aku tak termasuk dalam golongan Rasulullah SAW tu)

Macam mana ni .....

No comments:

Post a Comment