Doa Semasa Duduk Antara 2 Sujud

Sejauh manakah penghayatan kita ????

Jom kita terjemahkan maknanya dan sama-sama kita hayati apa yang kita baca disetiap kali duduk antara 2 sujud semasa bersolat itu ???

Malunya jika kita selama ini memohon kepada Nya tetapi kita sendiri tak faham apa yang kita minta???

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Syahdunya kalimat-kalimat ini tetapi ditahap manakah penghayatan kita semasa membacanya???

Ada yang membacanya dengan senafas sahaja!

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu... SubhanAllah...sungguh indah solat jika kita benar-benar memahaminya.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam