Perhimpunan Agung 2011

Baru la rasa lega sikit bila on tv.Tak ada dah sumbatan gambar-gambar dan pidato berapi-api pemimpin-pemimpin rakyat (?) di perhimpunan agung UMNO.Hari-hari kemarin tu,buka laa saluran mana pun mesti ada punyer hinggalah tertanya-tanya plak siaran tv kat Malaysia ni hak kerajaan ker atau hak parti politik tertentu?

Di suatu segi siaran yang keterlaluan sebegini adalah langkah promosi yang terbaik untuk menarik minat dan menambah ahli parti.Namun sebaliknya kepada yang tidak berminat dengan politik yang akan merasa meluat dan akhirnya tak mahu lagi bertenggek di atas pagar lalu akan melompat terus ke sebelah sana.

Ketika melihat personel-personel ini berhujah - yang muncul di kotak minda ku ialah kata-kata pesanan @ peringatan;

1. Orang yang banyak bercakap akan banyak buat salah.Orang yang banyak salah akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa,nerakalah tempatnya.

2. Satu jari kita menuding orang itu melambangkan keangkuhan @ ego kita dan 4 jari lagi menuding balik ke arah kita membayangkan kelemahan kita.Ertinya 4 kali ganda kelemahan ada pada kita kalau nak dikirakan 1 kekuatan atau keangkuhan kita.

Muhasabah diri! - hanya ugama Islam sahaja wadah perjuangan yang dapat menaikkan darjat dan menghasilkan kejayaan buat kita,bukannya bangsa,kaum atau puak.Ini janji Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam