Monday, February 20, 2012

Hidup Beribadat Ustaz Hj. Fadzil Hj Ahmad

Selaras dengan syuran dari pengarang kitab Mulianya Jumaat,Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad supaya menyambung bacaan dengan kitab Hidup Beribadat pula,makanya selepas usai urusan di mahkamah pagi tadi,semasa dalam perjalanan pulang ke pejabat aku singgah sekejap di toko buku di tingkat bawah Bangunan Souq AlBukhari untuk membelinya.

Alhamdulillah dapatlah aku memilikinya.Sempat juga aku bertanyakan khabar Ustaz Haji Fadzil kepada penjual di toko buku itu kerana dengar khabar beliau sakit.Kata penjual tu camtu la juga berita yang dia dengar tapi tak tahu berita terkininya,mungkin dah sihat kot (Kalau ada pembaca blog ini yang tahu berita terkini,silakanlah respon,terima kasih)

Selain itu,satu lagi kitab susunan Ustaz Haji Fadzil yang ada dalam milikan aku iaitu kitab Wirid Yang Ku Kenali.

Semoga Allah SWT memberikan Ustaz kesihatan yang terbaik dan meneruskan usaha beliau menyebarkan ilmu Allah SWT kepada masyarakat yang dahagakan ilmu agama.Amin!

2 comments:

  1. ALHAMDULILLAH....USTAZ HJ. FADZIL MASIH SIHAT DAN MASIH LAGI MENGAJAR KITAB BELIAU.RUMAH BELIAU KAT TAMAN ANGGERIK,MERGONG....BERDEKATAN DENGAN JPJ ALOR SETAR....SAYA SENDIRI MENGUNAKKAN KITAB HIDUP IBADAT KELUARAN TAHUN 1981-WARNA HIJAU(VERSI PERTAMA) DAN YANG TERBARU VERSI 2009......
    KITAB HIDUP IBADAT INI SANGAT BERGUNA..ADA JUGA SOALAN-SOLAN KEMUSYKILAN TENTANG IBADAT DIMUATKAN DALAM KITAB INI....
    SEMASA KELUARAN VERSI 2009 DIKELUARKAN...SAYA TELAH MENGSYORKAN RAKAN-RAKAN RAPAT SAYA DI PITRAJAYA UNTUK MEMILIKKI KITAB BELIAU..ALHAMDULILLAH...SERAMAI 36 ORANG TELAH MEMBELINYA MELALUI SAYA DAN SETERUSNYA MENGAMALKAN ILMU DARI KITAB INI UNTUK IBADAH SEHARIAN...
    PAQ MERGONG PUTRAJAYA

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...beliau masih lagi sihat dan mengajar kitab beliau....saya memiliki kitab hidup ibadat versi pertama berwarna hijau 1981 dan versi terbaru 2009...saya mengamalkan kitab ini semenjak 1988 yang saya warisi dari ibu saya.Saya telah mengesyorkan kepada kawan rapat saya di putrajaya seramai 43orang...alhamdulillah..mereka memiliki kitab ini melalui saya ....
    Paq Mergong Putrajaya...

    ReplyDelete