MULIANYA JUMAAT

Tadi ketika menyelongkar susunan nota-nota kuliah semasa menjalani latihan di Institut Kesihatan Umum,Jalan Bangsar,Kuala Lumpur (nota yang sudah berlubang sana sini dimamah bubuk buku) aku terjumpa kitab ni,Mulianya Jumaat susunan Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad.Mungkin terletak kat situ secara tak sengaja semasa aku mengalih susun buku-buku/nota kuliah kat situ beberapa tahun dahulu.

Masih berkeadaan separa baik dan dapat dibaca dengan jelas namun kesan debaran jantung ini menggasak minda ku untuk berfikir dan mencengkam iman ku untuk bertafakur muhasabah diri - kenapa buku `MULIANYA JUMAAT' ini muncul di hadapan ku pada malam Jumaat ??? 

Adakah ini suratan atau kebetulan ??? 

 Apakah ini satu `reminder' tersembunyi dari Illahi - betapa telah lebih separuh abad usia ku berlalu, aku telah gagal meraikan hadirnya hari Jumaat sebagaimana yang sepatutnya! 

Aduhaiii masihkah ada kesempatan untuk aku meraikan kedatangan mu lagi di minggu hadapan ... di bulan hadapan ... tahun hadapan ??? 

 Wallahhu aqlam!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam