15 Nasihat Luqman alHakim Kepada Anaknya

Hai anakku : ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,banyak manusia yang karam ke dalamnya.Bila engkau ingin selamat,agar jangan karam,layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.Orang-orang yang sentiasa bersedia untuk menerima nasihat,maka dirinya akan sentiasa mendapat penjagaan dari Allah.Orang-orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain,dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.

Hai anakku : orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah,maka dia akan tawaduk kepada Allah,dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

Hai anakku : jika ibu bapa mu marah kepada mu kerana kesilapan yang dilakukan mu,maka marahnya ibu bapa mu itu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.

Hai anakku : jauhkan darimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah.Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (takwa),tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.

Hai anakku : seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar.Ketahuilah,memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam