Hai anakku : bila engkau berteman,tempatkanlah diri mu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu dari mu.Jadikanlah diri mu dalam segala tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada diri mu.
Hai anakku : janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hati mu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukan untuk dunia sahaja.Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
Hai anakku : usahakanlah agar mulut mu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.Kalau berbicara,usahakanlah agar bicara mu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
Hai anakku : janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang melucukan,janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti,janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu,janganlah mensia-siakan harta mu.Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi,sesiapa yang pendiam akan selamat dari berkata yang mengandungi racun,dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
Hai anakku : bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
Hai anakku : ambillah harta dunia sekadar keperluan mu sahaja,dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhirat mu.Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang menyusahkan orang lain.Sebaliknya jangalah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka,kelak ia akan membinasakan diri mu.

Comments
Post a Comment