Kitab Lama Khazanah Takwa
Pastinya ramai diantara kita yang bukan dari aliran pengajian pondok pernah membaca kitab-kitab lama seperti di atas ini.Selain dari lenggok bahasanya yang agak berlainan dengan erakini begitu juga dengan bentuk tulisan jawinya yang masih juga tidak seperti bentuk abjad jawi masakini.
Namun usaha gigih sewajarnya dilakukan segera untuk menaiktahap bahasa dan tulisan kitab-kitab ini kepada lenggok bahasa masa kini (dengan syarat diperhatikan teliti agar maksud pengarang asalnya tidak terbabas)supaya dapat dinikmati khasiatnya oleh golongan masa kini yang semakin ramai yang lemah membaca tulisan jawi.
Saya pernah bertanya pada seorang penjual kitab,sebab-sebab apa kitab-kitab lama ni orang panggil 'kitab kuning'? Dia kata sebab kualiti kertas kitab-kitab lama nih (macam kertas suratkhbar tu) lama-lama dia akan bertukar kaler putih tu ke kaler kuning.Betul ker tuh ..... agak-agaknya betul la kot! Jadinya kualiti kertas pun wajar diberi peningkatan juga.
Sebagaimana usaha yang dilakukan oleh Ustaz Abdul Ghani Jabal Maraqy yang memodenkan bahasa Kitab Faridatul Faraid Fil Ilmil Aqaid tulisan Syeikh Ahmad alFathani (sekitar tahun 1888M/1360H) dan dinamakan Mutiara Ilmu Aqidah dengan kualiti kertas dan grafik yang menarik.
Usaha yang sama turut wajar untuk Kitab Senjata Tok Haji dan Tok Lebai karangan Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili (tahun 1900M) dan Kitab Pati Rahsia karangan Haji Mahmud bin Wan Ismail (tahun 1946)- Semoga Allah swt memberkati usaha pengarang-pengarang ini dengan imbalan pahala yang setimpal dengan maanfaat ilmu yang dinikmati oleh sekalian pembaca yang bertali arus zaman berzaman,Amin!

Comments
Post a Comment