Friday, September 07, 2012

Kitab Penawar Bagi Hati

Pagi tadi masa ronda-ronda window shopping kat nat Tok Jalai,Kepala Betas aku singgah kat gerai jual kitab-kitab dan CD ceramah ugama. Nampaknya Ustaz Azhar Idrus dah dapat mengalahkan Ustaz Kazim Elias dari segi pasaran CD VCD ceramah ugama.Tak apalah yang penting ialah ilmu yang disampaikan oleh mereka dan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.Aku plak kedua-duanya memang aku suka cuma bezanya nak attend ceramah ugama secara live Ustaz Azhar memang susah.Ustaz Kazim plak 2X sebulan dah tentu iaitu kat Masjid AlBukhari dan Masjid Taman Muhibbah,Alor Setar.

Dok tinjau-tinjau kitab yang dijual kat gerai tu,aku terjumpa kitab ni.Penerang Bagi Hati.Harganya cuma RM5.00 jerr.Belek-belek sambil lalu isikandungannya rasa menarik gak.Rasa tercabar gak - masih bolehkah aku membaca kitab tulisan jawi loghat Bahasa Melayu Pattani nih ???

Kitab Penawar Bagi Hati ini telah dikarang oleh Al Allamah al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili yang merupakan Tuan Guru ilmu-ilmu Islam di Masjid al Haram pada waktu zamannya. Di dalam pendahuluan kitab ini beliau mengatakan bahawa, “Penulisan yang ringkas tentang muqaddimah Ilmu Tasawwuf ini, telah saya susun sebagai peringatan buat diri ini dan peringatan bagi mereka yang baru belajar. Saya menamakannya “Penawar Bagi Hati” yang menerangkan perkara-perkara yang perlu dibersihkan daripada hati, dan perkara-perkara yang perlu untuk menghiasinya.”

Abang penjual tu siap tanya aku "dok tadah kitab di mana la ni?"

hehehehe aku cuma boleh jawab "nak belajar baca ja dah lama tak baca kitab macam ni"
Jawab lebih-lebih karang riak la plak hehehehe

On the way ke rumah mertua di Kampong Baru,Kepala Batas minda ku di serang oleh ingatan kepada salah satu nasihat Luqman AlHakim kepada anaknya (yang baru ku baca malam tadi)

Hai anakku : bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya.Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar,maka setelah banyak itu ia tidak mampu memikulnya,pada hal ia masih mahu menambahkannya

Peringatan @ nasihat untuk aku tuh!

No comments:

Post a Comment