Aku tension! Aku stress nih!
Pagi ini kesihatan ku terganggu lagi. Mungkin kesan dari gangguan tidur ku.Sememangnya sejak bulan November dan Disember lalu,aku sukar untuk mendapat tidur yang nyenyak.Seringkali aku terjaga tengah malam memikirkan besok akan ke mahkamah lagi kerana ada kes yang perlu diselesaikan dan kemudiannya di pejabat ada lagi urusan yang menanti untuk dibereskan.
Sehinggalah suatu hari selepas selesai urusan di mahkamah semasa sedang memandu pulang ke pejabat aku diserang sakit kepala.Cukup menyakit kan seperti di palu dengan benda keras.Nasib baik aku masih mampu memandu dengan selamat.Singgah di sebuah kedai di pinggir jalan membeli panadol.Esoknya aku ke klinik membuat pemeriksaan tekanan darah ..... 155 / 105
Pagi ni aku demam tetapi ku gagahi juga ke pejabat kerana ada kerja yang perlu dibereskan sebelum aku bercuti rehat yang agak panjang.Cuti untuk release tension dan stress.Aku bercuti mengalahkan kaum Cina yang bercuti Tahun Baru Cina.
Pagi ni dadaku terasa mengucuk-nyucuk bila bernafas .... apakah telah ada yang tak kena dengan jantung ku ????
Apa yang dah jadi ni.....aku perlu lebih berehat dan berubat.Dalam keadaan macam ni aku terpaksa ambil time off petang ni dan esok plak cuti kecemasan.Aku perlu lakukan sesuatu sebelum terlambat .......
Dalam situasi demam dan kepala yang berdenyut ni (dah telan 2 biji panadol tadi) ku gagahi juga menaip entri ini sebagai nota kehidupan ku yang tak siapa pun akan mengerti bila tiada empati ..... harap-harap tu jantung ku ok jerr dan esokku masih ada!
Ok .... aku mahu tidur sebentar!

Comments
Post a Comment