Sekadar luahan rasa hati ini .......
Dewasa ini berbagai-bagai kerenah orang Melayu Islam yang seakan mahu menyekat atau memperlahankan usaha pihak yang lain yang mahu memarakkan syiar dan syariat Islam di tanah air kita ini.Sedangkan penentangan yang logiknya dilakukan oleh bangsa lain tidak pula berlaku.
Sesekali fikir apakah irama sejarah silam kembali berulang.Jika dahulu usaha Nabi Muhammad saw mahu mengembangkan ugama Islam ditentang oleh bangsa Beliau sendiri di bumi Mekah dan kini apakah sebegitu juga di Malaysia.Usaha pihak tertentu untuk menyemarakkan syiar dan syariat Islam ditentang hebat oleh bangsa yang berugama sama.
Apa yang ada dilingkungan kita semuanya sama - Allah swt yang sama,Rasulullah saw yang sama,bangsa Melayu yang sama,bahasa Malaysia yang sama hatta susur galur asal usul dan warna darah pun sama - cuma yang berbeza hanyalah warna dan logo bendera.Kibaran sehelai kain itu telah berjaya memporakperandakan bangsa kita dan memecahbelahkan ukhuwah islamiah kita.
Sedih memikirkan ... jika engkau gagal menjadi garam yang menyelamatkan ikan, janganlah pula engkau menjadi lalat yang akan membusukkannya.

Comments
Post a Comment