Teman Kehidupan Seharian Ku
Dalam menjalani kehidupan seharian selain dari deretan buku-buku di dalam librari mini,aku juga ditemani oleh majalah-majallah yang turut mewarnai kehidupan ku.Inilah wajah 3 buah majallah yang begitu bermutu dan punyai sentuhan yang serasi dengan keperluan fizikal dan spiritual ummah.Semoga SOLUSI,ANIS dan Q&A akan tetap istiqamah dengan wadah yang sedia ada ini dan semakin dimantapkan dari masa ke semasa demi membendung lain-lain majallah yang bernafas jahiliah.
Bila membaca catatan Sdr. Abu Hassan Morad di kolum Sekapur Sireh Seulas Bicara di dalam buku Destinasi Haji & Ummrah,terdetik rasa kesal dihati dengan situasi di negara ku ini.Rupanya majallah-majallah islamik sebegini terpaksa mengharungi berbagai sepak terajang birokrasi demi untuk kelangsungan hidup dan terus berada di pasaran menemui pembaca.
Mungkin liku-liku yang dilalui itu seiras @ senada dengan yang dilalui oleh sekolah-sekolah agama rakyat yang terpaksa bergelut untuk terus hidup di sebuah Negara Islam ini.
Semoga semua yang kini berada di kedua-dua organisasi ini akan terus berjihad menyebarluaskan ilmu demi melaksanakan ferdhu kifayah.Dirgahayu!
Comments
Post a Comment