Back To Office as Hj Zulkipeli bin Salleh
Setelah bercuti panjang 10 hari lamanya kini aku kembali mengharungi suasana pejabat dengan kelapangan jiwa untuk menghadapi keserabutan beban kerja.Bila saja aku onkan lampu bilik,wauuuu. ..... ada 3 longgok fail-fail yang berwarna kuning @ fail kes @ kertas siasatan.Ada fail baru yang perlu disemak,ada fail yang perlu dirujuk selanjutnya ke pihak TPR dan ada fail yang masih dalam proses pendakwaan di mahkamah.Selain dari itu adalah surat-surat resmi dan pekeliling jabatan.
Syukurlah hasil tarbiah yang ku lalui sepanjang tempoh bercuti tempoh hari,mata hati ku dapat memandang bahawa semua longgokan fail-fail dan surat @ pekeliling itu adalah sesuatu yang tak sedikit pun menserabutkan minda ku.Aku berlapang dada untuk menghadapi semua itu dan aku berlapang dada untuk menerima apa saja `marah @ leteran' pagawai atasan ku jika aku gagal untuk menyiapkan semua kerja-kerja itu dalam masa yang tertentu kerana di usia 51 tahun ku ini - aku mahu menggunakan waktu malam ku untuk tujuan lain dan bukannya untuk menyiapkan kerja-kerja pejabat yang belum / tak mampu aku selesai seorang diri @ sudah sesuai masanya untuk kerja-kerja yang aku lakukan seorang diri itu dikendalikan oleh 2 orang anggota.Waktu pejabat akan aku gunakan sepenuhnya untuk bertugas dan sambungan kerja tersebut adalah esok hari dan bukannya malam ini. (seperti yang aku lakukan tahun-tahun yang sebelum ini)
Yang pentingnya ialah God see the thruth.Aku mahu mencari keredhaan Allah swt dan bukannya keredhaan manusia.Aku akan catatkan apa urusan @ kerja yang telah aku lakukan sepanjang waktu pejabat agar dapat aku jadikan rujukan muhasabah diri bahawa aku beroleh rezeki yang halal dan bukannya makan gaji buta atau pun sengaja melambat-lambatkan / menangguh-nangguhkan kerja.
Aku ingin menjalani kehidupan yang masih bersisa ini dengan penuh ketenangan dan kedamaian - tidak lagi kalut,terkejar ke sana terkejar ke sini mematuhi arahan dan akhirnya aku kelelahan tanpa kepuasan fizikal dan mental kerana pengurusan masa ku yang telah berantakan.

Comments
Post a Comment