Syria oh Syria ....... Dajjal & Imam Mahadi

Masa kini apa yang berlaku di Syria sewajarnya diberi perhatian yang berat oleh semua kita umat Islam.Isunya ialah tindakan kejam pemerintah yang dari aliran Syiah terhadap rakyat jelata yang beraliran Sunni.

Masa kini juga dunia Arab begitu lemah dan berpecah kerana masing-masing mengagungkan kabilah masing-masing hasil dari didikan @ atur tadbir Yahudi hatta negara Arab Saudi sendiri sanggup melanggar pesanan Baginda Rasulullah s.a.w. dengan menjemput masuk tentera Amerika yang kafir ke sana.Tidak ada penyatuan dikalangan negara-negara Arab.

Di akhir zaman syiar Islam akan kembali bersemarak dan menggapai kemenangan sebagaimana zaman keagungannya dulu.Dunia Arab juga akan bersatu dan Nabi ada bersabda bahawa kebangkitan dunia arab akan diterajui oleh Syria.

Sama-sama kita lihat pastinya akan ada usaha di kalangan Amerika @ Israel untuk membendung kebangkitan rakyat Syria ini agar Syria tidak akan menjadi seperti sabda Nabi itu malah Iran pun akan bersekongkol sama membantu pemerintah yang sealiran dengannya.

Dimasa yang sama kita sukar untuk mendapat berita sebenar apa yang berlaku di Syria kerana media antarabangsa dikawal oleh Yahudi.

Apakah episod akan datang selepas ini ialah - kemunculan Dajjal & Imam Mahadi ???

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam