Sibuk Mencari Keredhaan Manusia

Satu pernyataan yang rasanya tepat untuk aku ketika ini dan selama ini.Sibuk dengan urusan kerja semata-mata kerana tidak mahu dianggap negatif oleh pegawai atasan sehinggakan adakalanya aku tergelincir hingga ke akhir waktu solat.

Sewaktu malam sewajarnya di usia lewat 50 tahun ini aku menggunakan masa untuk membaca hal-hal akhirat tetapi telah aku gunakan untuk menghabiskan kerja-kerja pejabat yang tertangguh tak dapat diselesaikan siang tadi.

Sedangkan semua itu adalah semata-mata urusan dunia dan aku gagal mengadakan sempadan masa untuk memisahkan antara yang dunia dan akhirat.Seperti mana kata Saiyid Abdullah Alwi Al-Haddad di dalam bukunya Risalatul Mu'awanah - ada ketikanya kita merasa sibuk sangat menyelesaikan sesuatu urusan sedangkan yang sebenarnya kita sedang dipermain-mainkan oleh dunia.

Itulah aku dan kehidupan pekerjaan ku seharian sedangkan aku lupa kalimah peringatan`carilah keredhaan Allah swt walau pun ianya akan mengundang kemarahan manusia namun Allah swt akan tetap bersama-sama anda dan janganlah anda mencari keredhaan manusia sehingga mengundang kemarahan Allah swt kerana pastinya Allah swt tidak akan bersama-sama anda'

Itukah risiko pembalasan yang ku hadapi kini.Tekanan perasaan,stress dan anggapan negatif pegawai atasan yang sukar untuk aku mengertikan tekanan dan bebanan yang terpikul di bahu ini makanya aku menjadi pendiam dan malas untuk bersuara.

Adakalanya aku merasakan upaya tubuh tua ini semakin berkurang dan mahu mengagih sedikit beban kerja namun ditanggapi bahawa aku mahu mengalih kerja kepada orang lain.Urusan kerja yang di daerah lain boleh dilakukan oleh pegawai lain yang berpangkat lebih rendah namun di sini aku dilarang berkongsi.

Gegaran alam rentetan dari gempa di Acheh petang kemarin mengundang asakan dibenak ini mengunyah hakikat bahawa usia ku dan usia alam ini semakin menghampiri titik penamatnya.

Apakah aku akan tetap berterusan begini - berterusan dipermain-main oleh dunia ???

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam