Alhamdulillah,syukur!

Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat Nya siang tadi majlis pertunangan Kak Long berjalan lancar.Risau juga pada mulanya kerana kelmarin boleh dikatakan sepanjang hari cuaca mendung dan hujan turun lebat.Pasti sukar juga nak mengendalikan majlis dalam suasana sebegitu.Sebaliknya siang hari tadi `the weather is clear!

Salam bersahut.Kata bersambut.Janji diikat bersama muafakat.Semoga yang dirancang diperkenankan Allah swt dan perlaksanannya kelak diizinkan Nya dengan penuh keberkatan, Amin!


Selesai majlis pertunangan,diadakan jamuan makan tengahari secara ringkas untuk meraikan tetamu (bakal ahli keluarga) yang datang dari jauh (Pekan,Pahang)

Tarikh 5 May 2012 ini juga bererti aku telah memasuki fasa baru dalam takah kehidupan ku.Telah bersediakah aku untuk bergelar `bapa mertua'  selaras dengan bekalan ilmu dan iman yang ada...??? Sesungguhnya arus kehidupan akan mengalir terus,andai yang ada cuma kolek kecil maka hebatlah di landa ombak,andai mampu menyediakan bahtera makanya tenanglah melayari samudera.Kolek kecil dan bahtera itu adalah relatif kepada ilmu dan iman yang ada di hati kedua-duanya (anak dan bakal menantu ku).

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam