Pesanan Awal Rejab 1433 - Mengingati Kubur & Kematian

Masuknya waktu solat maghrib malam nanti bermakna bermulalah bulan Rejab bagi tahun 1433 Hijrah.Kemudian akan menyusul bulan Syaaban dan diikuti oleh bulan Ramadhan al-Mubarak.Jom sama-sama kita pahatkan tekad dan fokus uantuk menjadikan bulan Rejab dan Syaaban ini sebagai bulan mempersiapkan diri untuk menyambut Ramdhan dan meraih semaksima mungkin segala `tawaran istimewa dan hebat' dari Allah swt ketika itu.

Berikut ini adalah sedutan dari teks khutbah yang disediakan oleh JAKIM dan disunting untuk bacaan dalam bentuk artikel.

Antara syarat kemenangan dan kejayaan kehidupan seseorang hamba ialah mempersiapkan diri menghadapi kematian dan menyedari nahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur.Tetapi ramai di kalangan kita mengabaikan peringatan dan ancaman yang berbahaya ini.Jika pun kita mengingati kematian,itu pun hanya dilakukan sambil lewa.

mengapa berlaku begini?

Hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya hidayah Illahi.Jalan Allah swt tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ianya dapat ditempuhi dengan kekuatan hati.Jika kita merasakan hati kita keras dan beku,rawatilah agar ia hidup kembali.

Untuk merawat hati yang keras ini boleh dilakukan dengan melaksanakan beberapa perkara :

Pertama - Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan berzikir.Dengan cara ini hati menjadi hidup.Ketahuilah hati yang tidak pernah atau pun jarang-jarang membaca Al-Quran adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan.

Kedua - Sentiasa merendah diri dan menangis di hadapan Allah swt.Kita hendaklah bersikap kepada Allah swt sebagai seorang hamba yang amat sangat memerlukan Nya.Apabila kita ditimpa kesulitan,merintih dan berdoalah kepada Nya.

Ketiga - Menghadiri majlis-majlis ilmu.Sedarilah,semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada Allah swt.Disamping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis bersifatkan keduniaan yang tidak berfaedah,membuang masa dan melalaikan.

Keempat - Mengingati mati.Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat,sekali gus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan.

Kelima - Menziarahi kubur.Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara di atas,maka inilah cara yang paling berkesan untuk mengubati hati yang keras.Rasulullah saw bersabda "Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkan mu kepada kematian" (Riwayat Muslim).

Kesimpulannya,jelaslah kepada kita bahawa kematian itu pasti,ia tidak tertangguh walau sedetik pun.Disebabkan kedatangannya merupakan satu misteri maka kita hendaklah berada dalam keadaan sentiasa bersedia.

"Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya,apakah engkau telah bersiap sedia menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta,pangkat dan kuasa,apakah engkau telah mmpersiapkan diri menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan 2 wajah - mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam di syurga berikutnya atau menjadi malam pertama bagi malam malam yang selanjutnya di neraka" 

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam