Rehlah Haji Rasulullah saw bhg. 1

Rasulullah saw berada di Madinah selama 9 tahun tetapi tidak mengerjakan haji.Cuma beberapa kali mengerjakan umrah iaitu pada tahun ke 6 Hijrah tapi tak siap.Umrah tahun ke 7 Hijrah siap dan tahun ke 8 Hijrah iaitu selepas Mekah di kuasai semula oleh umat Islam.

Bila diperintah mengerjakan haji pada tahun ke 9 Hijrah Rasullah saw tak pergi kerana pada masa itu masih ada berhala di sekitar Kaabah,orang-orang kafir masih di benarkan masuk ke Mekah dan masih ada amalan haji secara jahiliah pada masa itu.Rasulullah saw mengutuskan Saidina Abu Bakar asSiddiq untuk mengetuai rombongan haji pada tahun itu.Semasa di Mekah itu Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali ra pun mewar-warkan bahawa pada tahun depan orang kafir tak dibenarkan lagi masuk ke Mekah dan orang-orang Islam yang masuk untuk mengerjakan haji mestilah berpakaian dan beretika mengikut kaedah Islam.

Pada tahun ke 10 Hijrah Rasulullah saw pun mewar-warkan bahawa Baginda akan mengerjakan haji pada tahun ini.Bila diketahui oleh umum maka ramailah umat Islam yang ingin turut serta dalam rombongan Rasulullah saw.Ada yang datang ke Madinah,ada yang menunggu ditengah jalan dan ada yang menunggu Rasulullah di Mekah.

Hari Sabtu 26 Zulkaedah 10H / 22 Februari 632M Rasulullah saw solat zohor 4 rakaat di Madinah  dan selepas solat zohor bertolak ke miqat Zulhulaifah (Bir Ali).Jarak antara Madinah dan Bir Ali kalau mengikut jalan raya masa kini ialah 15 kilometer.Rasulullah saw solat asar dan bermalam di sini.

Pagi besoknya (Ahad) Rasulullah saw telah menerima arahan dari Allah swt melalui malaikat Jibrail as supaya Rasulullah saw bersolat zohor di Wadi Mubarak @ Wadi Al-Aqif (kedudukan Wadi Al-Aqif itu adalah di tapak Masjid Zulhulaifah (maksudnya Masjid Zulhulaifah itu berada di tengah-tengah Wadi Al-Aqif.Wadi adalah suatu tempat yang kering tetapi apabila hujan dengan cepatnya akan menjadi tempat takungan air dan aliran air ke wadi adalah deras.Pihak pemerintah Arab Saudi telah membina Masjid Zulhulaifah ini di tengah wadi dan memindahkan aliran air ke wadi ini ke arah lain dengan membina satu terusan yang letaknya di bahagian kiri masjid.Jadinya kita pun dapat bersolat di tempat yang dahulunya Rasulullah saw bersolat) Universiti Madinah juga letaknya berdepan dengan wadi ini.

Selesai solat zohor Rasulullah saw pun membuat persiapan untuk mengerjakan haji iaitu mandi dan berpakaian dan berniat.Saidatina Aishah ra telah memakaikan wangian ke tubuh Rasulullah saw yang sememangnya telah sedia sentiasa wangi itu.

Diketika ini juga isteri Saidina Abu Bakar asSiddiq,Asma' binti Umais telah bersalin dan melahirkan Muhammad bin Abu Bakar.Rasulullah saw menitahkan supaya Asma'  supaya mandi sunat ihram dan berniat dan memakai alas yang boleh menghalang darah dari menitis.Bila sampai di Mekah nanti tunggu setelah selesai nifas barulah melakukan kerja-kerja haji.Selepas solat Rasulullah saw pun mula bertalbiah.

Ada riwayat yang mengatakan Rasulullah saw berniat sekali lagi di AlBaidaq (sekiranya kita berada di Masjid Bir Ali,bas akan bergerak mendaki ke atas dan akan bertemu dengan permulaan lebuhraya (simpang jalan keluar dari Masjid Bir Ali dan bertemu dengan lebuhraya Madinah - Mekah : itulah AlBaidaq).Rasulullah saw berniat sekali lagi di sini kerana nak memaklumkan kepada orang ramai bahawa di sinilah tempat yang terakhir dibolehkan berniat sebelum nak memulakan perjalanan haji ke Mekah.Rasulullah saw mula bertalbiah di sini.

Mengikut Jabir ra yang berjalan berdekatan dengan unta yang di naiki oleh Rasulullah saw - bilangan orang di sekeliling Rasulullah saw adalah sayup sejauh mata memandang (ahli sejarah menganggarkan serama 100 ribu orang)

Malaikat Jibril datang memberi arahan dan Rasulullah saw memerintahkan para sahabat dan orang ramai supaya mengangkat suara bertalbiah kerana itu adalah syiar haji.Semasa manusia bertalbiah itu pokok-pokok dan batu-batan di sekelilingnya juga akan turut bertalbiah dan menjadi saksi kepada manusia bahawa manusia itu bertalbiah.

Bila ditanya mengenai ibadah haji yang afdal,Rasulullah saw mengatakan ibadah haji yang afdal ialah yang banyak mengangkat suara bertalbiah dan banyak menumpahkan darah korban.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam