Rintihan Seorang Aku Yang Tak Punya Apa-Apa !!!
Kemelut politik di Malaysia kini semakin haru biru dan kacau bilau.Yang belum berkuasa berusaha berbagai cara untuk berkuasa.Yang dah berkuasa pula mengamalkan berbagai kaedah untuk mengekalkan kuasa.Rasionaliti semakin dipinggirkan.Hukum hakam pun semakin berani dipermainkan.Instrumen yang sepatutnya berkecuali pun dah leluasanya dilacurkan.
Mujurlah di Malaysia ni masih ada alim ulama yang sejati mendoakan keselamatan dan doa mereka di perkenan Allah swt makanya azab bencana masih terhindar.Dari hari ke sehari kelompok ini semakin mengecil makanya satu demi satu mala petaka menjelma dan telah bersediakah kita untuk menghadapi semua ini dengan doa dan munajat sedangkan sedangkan garisan perbezaan amal perbuatan antara rohani dan jasmani setiap individu kita semakin jelas.
Antara 2 amaran Allah swt ini,dimanakah kita ???
...... sekiranya kamu bersyukur,akan Aku tambahkan nikmat
...... sesungguhnya azab Ku amat pedih
cukup-cukuplah dengan kezaliman dan ketidakadilan yang ada ketika ini!!!
Kita bukannya akan menongkat usia ...
Suatu ketika nanti Imam Mahadi dan Dajal akan mengunjungi kita dengan seruan ajakan untuk menyertai mereka.Dengan persekitaran yang kita ada,yang kita miliki sekarang ini dan dengan iktikad dan iman yang bersemadi di hati ketika ini .... seruan ajakan siapakah yang akan kita ikuti dan turut serta nanti ???
Fikir-fikirkan segera kerana masa dah semakin suntuk ...
Comments
Post a Comment