Kenapa Nak Segerakan Membaca Al-Fatihah ???
Surah AlFatihah mengandungi 7 ayat yang tetap dan merupakan rukun solat.Sepertimana sabda Rasullah saw yang bermaksud;
"Tidak ada solat bagi orang yang tidakmembaca AlFatihah" (HR alBukhari dan Muslim)
Sedarkah kita bahawa ketika kita membaca surah AlFatihah itu kita sedang bermunajat,sedang berdailog 2 hala terus menerus dengan Allah swt dimana tiap-tiap ayat dari Surah AlFatihah yang kita baca itu akan dijawab terus serta merta oleh Allah swt.
Dari segi adab tatasusila komunikasi kita sesama manusia pun akan dianggap kurang sopan kalau kita bercakap terus menerus tanpa memberi pertimbangan sewajarnya kepada apa yang dicakapkan oleh orang yang sedang berhadapan dengan kita itu,apa tah lagi terlebih 'kurang sopan' lah kita bila berbuat begitu semasa kita berkomunikasi dengan Allah swt dimana hakikatnya kita adalah hamba yang hina berkomunikasi dengan alKhalik yang Maha Mulia.
Tertiblah semasa membaca AlFatihah.Lafazkan dengan jelas satu persatu ayat-ayatnya.Berilah sedikit sela masa untuk kita hayati pula kalimah jawaban Allah swt itu.
(ayat 1 - Basmallah)
2. Hamba ku telah memuji Ku
3. Hamba ku telah menyanjungi Ku
4. Hamba ku telah memuliakan Ku
5. Sebahagian hidup kamu untuk Allah dan sebahagian lagi hidup kamu untuk kamu
6 & 7. Semuanya untuk kamu,mintalah nescaya akan Aku bagi
Comments
Post a Comment