Selamat Hari Bapa 2012

Sebenarnya tidak ada satu hari yang khusus untuk bapa dan tidak ada satu hari yang khusus untuk ibu juga kerana setiap hari adalah hari-hari yang khusus untuk ibu dan bapa malah kita dituntut untuk menitipkan doa buat ibu dan bapa selepas solat.

Namun sebagai mengisi hari ini yang diistiharkan sebagai Hari Bapa makanya aku ingin mencatat sesuatu dari persepsi hati seorang anak untuk bapa dan bapa untuk anak-anak.

Persepsi seorang bapa : hakikat bahawa suatu ketika nanti kita sebagai ketua keluarga @ pemimpin keluarga akan disoal oleh Allah swt di Padang Mahsyar nanti mengenai ahli keluarga yang dibawah pimpinan kita.

Apakah kitamemimpin mereka mengikut landasan syariat Islam sebagai way of life atau mengikut nafsu nafsi selaras mengikut peredaran zaman agar tidak dikategorikan bapa yang kolot atau ketinggalan zaman.Apakah kita telah benar-benar berjaya mengIslamkan anak-anak dan isteri (isteri-isteri) kita atau pun kita sama-sama hanyut menasranikan mereka.

Sedarlah sedalam mana/sehebat mana pun kasih sayang isteri dan anak-anak kita kepada kita semasa di dunia ini tetapi di akhirat nanti dengan suasana persekitaran Padang Mashyar isteri dan anak-anak akan berlepas tangan dan masing-masing akan menuding kesalahan/dosa yang mereka lakukan kepada kita yang gagal memimpin ke jalan yang diredhai Illahi.

Di Hari Bapa ini jom kita muhasabah diri - mampukah kita menanggung semua itu ???

Persepsi seorang anak : hakikat bahawa ketika ini jika kita telah pun bergelar bapa pastinya samada kita telah kehilangan bapa yang telahpulang ke rahmatullah atau pun masih punyai bapa tetapi telah tua.

Rasulullah saw pernah bersabda malanglah orang yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi tidak beroleh manfaat kerana meraikan mereka.Meraikan atas dasar budi layanan kita kepada mereka agar mereka bahagia dan menjalani saki baki usia kehidupan mereka dengan tenang dan terjauh dari menyakiti hati mereka.

Ganjaran pahala yang besar menanti kita atas kerja buat kita menjaga mereka itu apatah lagi jika sepanjang masa tua hingga mereka menutup mata itu kita sentiasa memiliki doa-doa murni dari mereka.

Kesedaran untuk kita segera bertindak sebelum terlambat kerana kesempatan semakin semakin berkurang.Andai yang ada kini hanyalah pusara .... air mata dah tak bermakna!

Selamat Hari Bapa untuk ku - Maafkan abah andai sepanjang kehidupan anak-anak ku,abah tak mampu memberikan kemewahan.Namun abah sentiasa mengharapkan sangka baik kalian kerana hanya itulah kemampuan abah.Namun abah amat berbagga kerana dalam serba kekurangan kalian dapat tumbuh membesar dan berjaya dalam pengajian kalian.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam