Tuesday, June 12, 2012

Wowww ayu cantik nyerr!

gambar sekadar hiasan sahaja

Semakin hari semakin ramai muncul artis-artis wanita yang ayu jelita dan cantik menawan.Sorang demi sorang timbul menonjol yang pastinya dianya lebih mengancam dari yang telah mula merosot dan tenggelam (kekadang lucu bila tengok artis yang dah mula terkapai-kapai nak tenggelam sebab dah kurang mengancam tetapi tetap ketagih nak timbul semula makanya terciptalah gossip dan skandal)

Cantik molek menawan mengancamni buka setakat kat Malaysia malah sama gak kat Hollywood (kenapa ek guna perkataan holly tu!),Bollywood dan bermacam-macam wood hatta yang diluar dari dunia wood ini pun dapat kita lihat semakin ramai wanita-wanita yang lebih cantik dari yang kita lihat pada masa-masa semalam.Baby perempuan yang dilahirkan kemudian tumbuh membesar menjadi anak gadis yang lebih cantik dari ibunya adalah perkara lumrah.

Lumrah kerana itulah hakikat dunia akhir zaman.Ertinya semakin kita menghampiri hari kiamat,wanita-wanita akan semakin cantik dan semakin cantik dan semakin cantik.

So awas + awas + awas kepada lelaki-lelaki yang mata keranjang.Dunia ini disisi Allah swt nilainya tak sama pun dari nilai sehelai sayap nyamuk (bayangkan sehelai sayap nyamuk tu lebih mahal lagi dari harga dunia ni).Secantik mana pun manusia yang ujud kat dunia tak akan dapat dibandingkan dengan kecantikan wajah Rasulullah saw yang akan kita lihat di akhirat nanti.

Bukan sekadar itu malahan rumah kediaman,bangunan-bangunan dan alam persekitaran ciptaan manusia pun akan direka bentuk menjadi semakin hari semakin cantik selari dengan peredaran masa ke akhir zaman.

Jom kita cantikkan hati kita (kerana itu tempat pandangan Allah swt) supaya di akhirat nanti kita akan dapat menatap kecantikan wajah Rasullullah saw).

No comments:

Post a Comment