Allahhu Akbar !!!

Diriwayatkan bahawa Imam Syafie semasa melakukan tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah telah mengkhatam Al-Quran 7 kali ertinya setiap pusingan tawaf itu beliau telah tamat @ khatam Al-Quran.

Allahu akbar! Diketika itu satu pusingan tawaf mengambil masa lebih kurang 3 minit dan dalam jangka masa 3 minit itu beliau boleh membaca 30 juz Al-Quran.

Bagaimana dengan kita ???

30 minit ? 30 jam ? 30 hari ? 30 bulan ? malah ada yang lebih 30 tahun pun hanya sekali saja khatam Al-Quran iaitu ketika kecil dahulu di suruh mak bapa mengaji Quran dengan tok guru kampung ..... lepas tu dah tak ada sebab tak sempat,tak ada masa @ banyak kerja,sibuk memanjangggggggggg!

Itulah sebenarnya neraca nilaian masa kepada kita bila susur galur perjalanan hidup seharian kita tidak meletakkan yang hakiki pada haknya sebagaimana yang digariskan oleh panduan Islam as a way of life,maka Allah swt mencabut `keberkatan masa' dari kita.

2 @ 3jam di supermarket kita rasa sekejap saja tapi nak menghabiskan satu surah AlQuran jerr terasakan lamanya .....dah terasa lenguh pinggang dan ngilu lutut kerana lama dah duduk mengadap papan rihal (aku bukan nak kata kat sapa-sapa .... aku ler tuh! Bila lerr nak sedar diri nih ... umur dah makin senja tapi amal ibadat masih tak setara usia!)

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh guru Quran ku,Pak Cik Chen dan Mak Cik Mah,Amin!


Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam