Bagaimana Bermulanya Salat Tarawih Berjemaah

Saidatina Aishah ra berkata "Nabi saw selalu menganjurkan supaya solat pada malam bulan Ramadhan tanpa mewajibkan atas mereka sehingga wafatnya Rasulullah saw dan keadaannya sedemikian pula di masa Khalifah Abu Bakar ra dan permulaan Khalifah Umar ra.Tetapi kemudian Umar ra mengumpulkan orang-orang supaya sembahyang jamaah dengan imam Ubay bin Kaab ra.

Saidina Ali ra berkata "Sebenarnya Umarbin AlKhattab ra mengadakan jemaah solat tarawih itu kerana hadis yang dia dengar daripada ku.Mereka bertanya,Ya Amirul Mukminin,apakah hadis itu?

Jawab Saidina Ali ra : saya mendengar Rasulullah saw bersabda "Sesungguhnya di sekitar arasy ada tempat bernama hadhiratul qudsi dari nur (cahaya) di situ banyak malaikat yang tidak terhitung banyaknya,kecuali Allah swt sendiri yang mengetahuinya,mereka beribadat tidak berhenti-henti walau sesaat pun,maka bila tiba malam Ramadhan mereka minta izin dari Allah swt untuk turun ke bumi dan beribadat bersama anak Adam,maka turun mereka tiap-tiap malam ke bumi untuk solat bersama Adam,maka siapa yang disentuh oleh mereka atau menyentuh mereka,bererti ia telah mendapat bahagia yang tidak akan menderita kesusahan atau celaka untuk selamanya"


Saidina Umar ra ketika mendengar keterangan hadis ini lalu berkata : Kamilah yang berhak untuk itu lalu dia pun mengumpulkan orang-orang untuk melakukan solat tarawih dan menegakkannya.

Begitulah kisahnya dan aku petik riwayat ni dari kitab Tanbihul Ghafilin bagaimana solat tarawih berjemaah itu bermula di era pemerintahan Saidina Umar ra dan beliau meneruskannya sejak dari itu dan sehingga kinilah solat tarawih berjemaah itu berterusan dilakukan oleh umat Islam (sedangkan tak berjemaah pun tak pa,boleh buat sendiri sorang-sorang kat rumah)

Kita yakin dengan kebenaran hadis Rasulullah saw - makanya jom kita ambil kesempatan giatkan amal ibadat di bulan ramadhan ini kut-kut dapat bersolat bersama dengan malaikat ini.Sebagai hamba Allah swt tentunya apabila turun ke bumi tempat tumpuan mereka ialah Rumah Allah iaitu masjid-masjid. 

Jom kita imarahkan masjid di bulan Ramadhan ini dengan amal ibadat yang semata-mata kerana Allah swt dan mengharapkan keredhaan Nya.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam