Sakit perut la plak!

Hari ni aku terpaksa EL.Cuti Kecemasan.Perut buat hal la plak! aduhaiiiiii ....

Pastinya ada yang tak kena dengan apa yang aku makan selepas balik terawih malam tadi.Juadah berbuka puasa aku tak syak apa-apa sebab aku ringan-ringan jerr time tu.

Termenung di meja study mengadap skrin laptop aku melayan fikiran dan memikirkan apa yang berlaku pada ketika ini .... ramadhan hari yang ke 3 hari ni tapi aku dah pun macam-macam jadinya.Apakah ada sesuatu yang mahu aku 'sedar diri' atau muhasabah diri ???

Aku sedar bahawa ketika ini aku sedang diuji.Ujian datang kerana mahu menduga sekebal mana azam dan tekad ku untuk bulan ramadhan kali ini tidak senilai `beroleh lapar dan dahaga sahaja'

Aku wajar rearrange @ merombak @ menyusun semula perancangan waktu dan aktiviti sepanjang ramadhan ini terutamanya yang berkaitan dengan jenis makanan diambil dan masa makannya.Kerana apa yang aku rasa sekarang ni masalah berkaitan dengan perut - pastinya itu peringatan atau amaran agar aku lebih cerewet @ berhati-hati dengan makanan agar azam dan tekad ku sepanjang ramadhan ini akan berjalan lancar perlaksanaannya dan berterusan disepanjang kehidupan ini.

Ya Allah! ampunkan dosa ku.Kiranya ini kifarah dari mu,aku redha Ya Allah! dan aku tahu Kau ingin memberitahu ku sesuatu bahawa apa yang aku lakukan selama ini telah tergelincir dari landasan asas sebagaimana yang dilalui oleh hamba-hamba Mu yang lain yang Kau redhai.

Ya Allah! 2 hari ramadhan telah berlalu dan aku telah mensia-siakan ganjaran pahala yang Kau tawarkan,aku memohon pertunjuk Mu,jadikanlah aku pada 3 ramadhan ini lebih baik dari 1 dan 2 ramadhan dan esok-esok hari ramadhan ku akan lebih baik lagi dari hari ini....aku memohon pertunjuk mu,Ya Allah!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam