Solat Sunat Isyraq

Bagaimana nak tahu waktu untuk solat Isyraq?

Cara yang paling mudah ialah kita merujuk kalendar yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah,badan yang berotoriti dalam hal ehwal agama Islam.Lihat di kolum `terbit matahari' dan waktu itulah yang dibolehkan untuk solat sunat Isyraq.

27 minit selepas waktu terbit matahari barulah masuk waktu untuk solat sunat Dhuha.Dari waktu terbit matahari hingga masuknya waktu Dhuha itu diharamkan solat sunat apa-apa pun kecuali solat sunat Isyraq. Bila masuk waktu dhuha dibolehkan mendirikan solat-solat sunat dan tamat waktu dhuha ialah bila masuknya waktu solat Zohor.

Lafaz & Niat solat :
Ertinya: "Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah taala”.

Rakaat pertama - Surah Al Fatihah & Surah Al Kafirun
Rakaat kedua - Surah Al Fatihah & Surah Al Ikhlas

Doa selepas solat :
Ertinya : "Segala puji hanya bagi Allah yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah menerbitkan matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, kurniakanlah bagiku kebaikan hari ini dan jauhkanlah daripadaku keburukan (kejahatan) hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu, sebagaimana Engkau terangi bumi ini dengan cahaya matahariMu terus menerus, dengan rahmatmu wahai tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
 
Walau bagaimanapun kita masih boleh berdoa dengan doa kita sendiri mengikut kehendak kita.

Rujukan : risalah Solat A-Isyraq (Setelah terbit matahari) karangan Dr. Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam