Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman

Selesai sudah aku membaca dan menghayati dengan penuh kepayahan hingga ke baris akhir ayat di muka surat 190 buku terbaru Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang bertajuk Bersyukur Saat DiUji.Kepayahan maksud ku itu dalam ertikata diganggu rasa sebak,rasa tersentuh hati dengan apa yang dibaca itu dan ada ketikanya aku terpaksa menghentikan pembacaan dan termenung merenung jauh kehadapan mengenangkan aliran kehidupan persekitaran semasa ku.

Kejahilan ilmu dan kelemahan iman menjadi perhiasan diri dan berasaskan neraca nilaian yang dangkal itu lalu diguna untuk mencorakkan kehidupan sehinggalah telah lebih separuh abad berlalu tanpa sedar bahawa tuntutan dan tunjukajar Illahi sentiasa ada di mana-mana untuk dibuat pedoman pembetulan dan penambahbaikan agar terbentuk kesempurnaan dan sahsiah diri,memimpin keluarga dan menganggotai masyarakat.

Bicara Prof DHMKI melalui buku ini bagaikan satu jentikan halus ditelinga,cukup halus dan tak menyakitkan tetapi telinga jadinya berdesing lalu terpinga-pinga terpiat-piat seakan baru terjaga dari lamunan yang lama.Tersedar bahawa selama ini kehidupan diulit kesilapan yang menjengkelkan dalam kontek menggelar diri `hamba NYA yang terpilih'

Sekalung tahniah khas buat Prof DHMKI dan aku amat menghargai kehadiran bicara Bersyukur Saat Diuji ini.Jazakallahu khairan kathira,Prof DHMKI.

Amat mengesankan dan aku kembali menyelonggar rak buku mencari Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah Meniti Hari Esok.Aku nak ulangbaca sekali lagi ketiga-ketiga buku ini.Semoga kesannya akan lebih ummmph lagi .......!!!

Alhamdulillah,hari ini akan lebih baik dari hari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ini - semoga sentiasa diberkati Allah swt dengan hidayah dan pertunjuk Nya,Amin!!!

Blog Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam