Jom Mantapkan Roh Kita Di Awal Pagi
Jika anda bangun pagi dengan fikiran yang berserabut,jiwa rasa tak tenang dan hati merasa tidak tenteram.Lalu jadinya anda merasa seolah-olah hari ini tidak ada keceriaan kerana bercelaru dan putus asa.Anda perlukan sesuatu supaya kembali positif.Supaya jiwa dan hati kembali tenang dan penuh harapan bermotivasi serta mantap pendirian sejak di awal pagi hari,amalkan tasbih ini sesudah solat subuh.
Tasbih ini diberi oleh Nabi saw kepada seorang sahabat yang sedang kacau jiwanya seperti anda :
Subhan Allahi wabihamdih
Subhan Allahil azim
Subhan Allahil azim
Astaqhafirullah
bacalah sebanyak 100x
Amalan Nabi saw juga selalunya memulakan awal paginya dengan membaca Surah alIkhlas 3x untuk memperkukuhkan ruh agar mantap bermotivasi sepanjang hari.
Jom kita uruskan unsur dalaman kita (ruh) itu seawal pagi kita memulakan kehidupan seharian.
sumber : ceramah Ustaz Zul Ramli Razali di Radio IKIM
Comments
Post a Comment