Khutbah Aidil Fitri Masjid Sultanah Hamimah
Menghayati isi kandungan @ mesej yang ingin disampaikan oleh khatib melalui khutbah hari raya tempoh hari,aku merasa sewajarnya peringatan sebegitu disebar serapkan ke hati semua ummah agar dapat muhasabah diri dan menilai peranan masing-masing yang mengaku sebagai hamba Allah mengenai apakah yang kita dah @ akan buat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Perjuangan untuk memartabatkan bangsa akan sia-sia kerana ianya tak selari dengan perintah Allah swt yang mahu kita memartabatkan terlebih dahulu agama Nya.Bila agam Islam telah berada di martabat yang tinggi (selayaknya),secara otomatik martabat penganutnya juga akan tinggi di sisi Allah swt dan selari dengan itu martabat bangsa penganutnya juga akan terangkat naik.
Hakikatnya ialah pengisytiharan oleh Allah swt bahawa manusia ini sama sahaja di sisi Nya.Yang membezakan antara manusia ialah iman dan takwa - maksudnya yang primer adalah agama dan yang lain-lainnya seperti bangsa hanyalah sampingan sahaja.
Pesanan khatib 1 : para ilmuan Islam,jadilah penasihat yang jujur kepada pemimpin.
Sewajarnya kalimah itu dijadikan mukaddimah dalam hala tuju kehidupan para ilmuan semua kerana ummah awam tidak akan mampu melakukannya.Dibahu anda terletak tugas yang berat memikul harapan ummah awam.Andai anda menggunakan ijazah / ilmu agama yang ada miliki itu untuk memperdagangkan ugama dengan habuan duniawi - alangkah malang dan sedihnya ummah Islam yang semakin hari semakin terpinggir kini dihina oleh musuh-musuh Islam.Lebih-lebih malang dan sedih lagi apabila musuh-musuh itu berada di sekeliling kita dalam kelompok Melayu/Islam malah berada di dalam diri kita sendiri tanpa sedar.
Pesan khatib 2 : Bangsa lain bangun melangkah penuh bergaya,bangsa kita melangkah bagai bangkai bernyawa.
Pesan khatib 3 : Kita menggali telaga di bumi sendiri,airnya untuk menyejukkan kerongkong orang lain.
Pesanan khatib itu mampu kita masing-masing menterjemahkannya.Tepuk dada tanyalah iman.Antara agama dan bangsa - perjuangan manakah yang lebih utama.Jika matlamat hidup kita mencari keredhaan Allah swt makanya kita tak punya pilihan lain - hanya satu saja matlamat kita : perjuangan memartabatkan agama Islam.
Pernah aku terbaca mengenai kisah-kisah lama bangsa kita : kita ni adalah Bangsa Jawi dan tulisan Jawi adalah lambang atau merujuk kepada Bangsa Jawi.Kini kemana perginya Bangsa Jawi itu ? Apakah telah pupus sebagaimana nasib tulisan Jawi yang juga semakin pupus???
Jika begitu,tak mustahil jika suati hari nanti Bangsa Melayu juga akan pupus dan diganti oleh Bangsa Malaysia yang menganut ugama .......(bebas memilih agama apa yang disukai setelah berumur 18 tahun & ibu bapa tak ada kuasa untuk menentukannya & perkahwinan berbeza agama - seperti negara jiran).Naudzubillah!
Comments
Post a Comment