Pengisian Ramadhan ku - mengecewakan!

Dipenghujung Ramadhan ini sementara menantikan senja berlabuh.Tika waktu berbuka puasa @ tamatnya hari terakhir bulan Ramadhan ini aku termenung di meja kerja mini library ku - merenung hari demi hari Ramdhan 1433 yang telah berlalu pergi ketahap manakah telah aku manfaatkannya.

Ternyata hakikatnya pengisian Ramadhan ku tahun ni begitu mengecewakan sekali.Graf pencapaian ku jika dibandingkan dengan usia ku - amat mengecewakan @ memalukan!

Peringatan Rasulullah s.a.w ini " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) - 2 daripadanya telah aku terlepas.

1) masa muda sebelum datang masa tu - kini di usia lebih separuh abad tenaga pun dah banyak berkurang.Kemampuan untuk beribadah pun dah tak seiring dengan keinginan beribadah.Apakan daya kerana ketika muda hanyut di alam lagha.

2) masa sihat sebelum sakit - kesan kecederaan di lutut akibat terseliuh terjatuh dalam lubang dua tiga bulan yang lepas muncul semula.Lutut membengkak dan ekorannya membataskan kemampuan beribadah.

Kedua-dua faktur ini merugikan aku - sudahlah di masa muda ibadat tak banyak mengharap kesempatan ketika usia tua untuk menggandakan usaha mengisi semula kekosongan masa muda namun dengan tenaga dan kemampuan yang terbatas kini - banyak manalah sangat yang dapat aku buat ???

Anda semua pembaca blog ini ... jadikan kisah ku ini sebagai iktibar!

Lakukanlah ibadat semaksimanya semasa muda jangan menunggu tua kerana semakin tua segala-galanya semakin minima.

Renungkan hakikat ini - jika semasa muda anda konsisten melakukan ibadat contohnya solat sunat tetapi bila tua anda dah tak larat untuk solat sunat tetapi Allah Maha Pengasih & Maha Penyayang,anda tetap beroleh pahala solat sunat itu (tak buat pun tapi pahala on juga - untung besar tu!)

Tapi kalau masa muda pun tak buat,bila tua plak dah tak larat nak buat - pi mai pi mai dok tang tu laa juga!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam