Qiamullail Sepanjang Malam Di Bulan Ramadhan
Diriwayatkan bahawa pada malam 23 Ramadhan Nabi saw bersolat selama 1/3 malam dan malam ke 24 Nabi saw tak keluar bersolat di masjid (Nabi saw bersolat di rumah - Nabi saw berbuat begitu kerana bimbang solat tarawih akan menjadi ferdhu kepada ummatnya dan ummatnya tak sanggup untuk melakukannya)
Malam 25 Ramadhan Nabi saw keluar dan bersolat selam 1/2 malam.Bila Nabi saw berhenti solat,sahabat-sahabat pun datang mengadu tak puas hati "Ya Rasulullah,baru 1/2 malam sahaja,lambat lagi nak Subuh.Kan lebih baik kalau terus solat hingga sahur"
Jawab Nabi saw " Sesiapa solat tarawih sehingga imam selesai,dituliskan baginya pahala berdiri satu malam"
Fahamkan betul-betul apa maksud kata-kata Nabi saw tu - jika kita mula solat rakaat pertama bersama imam dan kita terus solat bersama imam hingga rakaat 20 kita dapat pahak seolah-olah kita terus bersolat sepanjang malam sehingga subuh.Banyak tu ....!!!
Tapi dengan syarat selepas solat tu kita tak lakukan apa-apa maksiat.Mudah jerr syarat tu - terus balik rumah,baca Quran kerr atau buku agama (jangan tengok tv plak or apa-apa media yang mendorong maksiat mata,telinga dll.),mengantuk pas tu tidur (tapi pahala untuk kita tetap dicatat untuk kita sehinggalah kita solat subuh)
Kalau kita stop kat 8 @ 10 rakaat - setakat itulah sahaja catatan pahala untuk kita malam tu.
Renung-renungkan tawaran istimewa dari Allah swt ini.Get it or leave it ???
Tepuk dada tanya iman ..... mau kemana kita selepas ini!
Rujukan : khutbah Ramadhan yang disampaikan oleh Dr. Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman
Comments
Post a Comment