Sahabat ku mencadangkan ....... 1
Bangun jam 4.30 pagi.Tak perlu tidur lama-lama kerana dah lama tidur lama.Dah terlalu lama tidur lama tu.Jadinya dah lebih dari sepatutnya masa yang dihabiskan untuk tidur itu.12.30 - 4.30 = 4 jam,dah cukup!
Setelah bangun minumlah sesudu madu lebah yang dicampur dengan air sejuk (bukan ais).Ini sunnah Nabi saw.Dapat pahala bila ikut sunnah Nabi nih.Untuk mendapat keberkatan,selawatlah dahulu dan berdoa semasa nak minum tu supaya khasiat sunnah Nabi tu akan dapat kita nikmati/perolehi sebab kita yakin apa yang Nabi buat itu adalah terbaik.
Jangka masa antara 4.30 - 5.00 pagi setelah bangun mungkin masih separa sedar @ terpisat-pisat(?) eloklah bersantai sekejap sambil membaca @ menyemak perkara-perkara yang untuk `refresh' memori seperti syarat-syarat sah solat (ramai yang tak tinggal solat tapi tak tau yang mana rukun yang mana sunat dalam pergerakan solat itu sedangkan kita wajib kena tahu yang itu),makna-makna bacaan dalam,makna-makna wirid yang selalu kita amalkan dsbnya.
Time ni juga boleh juga bersahur kalau ada rancangan nak berpuasa sunat Isnin Khamis @ puasa sunat 13,14,15hb. @ puasa nazar/ganti
Petua orang tua kata jangan bangun tidur terus mandi satgi manyau plak!
Jam 5.00 pagi bolehlah mandi bersihkan diri.Berwuduk dan mulakan qiamulail.Solat sunat tahajjud,solat sunat taubat,solat sunat hajat dsbnya lepas wirid bolehlah membaca Al-Quran plak.15 minit lagi nak masuk waktu Subuh bolehlah mulakan langkah bertolak ke masjid/surau untuk berjemaah solat ferdhu Subuh.
Comments
Post a Comment