Takbir dan Tasbih Solat Sunat Hari Raya

Ramadhan alMubarak 1433H telah berlalu pergi dan tak akan kembali lagi buat selama-lamanya.Yang pasti akan datang nanti ialah Ramadhan alMubarak 1434H namun yang tak pasti ialah samada kita akan ada lagi waktu itu atau tidak.Mungkin kita masih sempat berpuasa dan berhari raya lagi atau pun 1 Syawal kita itu kita hanya menunggu-nunggu anak-anak dan isteri datang menziarahi pusara kita menyedekah alFatihah atau pun Surah Yassin.

Alhamdulillah 29 hari berpuasa dengan nilaian pahala yang masing-masing berbeza dan 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri) adalah detik untuk merayakan kemenangan kita menunaikan ibadah suruhan Illahi dan terlucut kita dari kekengan larangan puasa dan hari kemerdekaan kita ini juga disambut oleh para iblis dan syaitan yang `merdeka' dari ikatan lalu berpadu semula dengan hawa nafsu kita untuk kembali menggoda - makanya disinilah kita akan dapat menilai sendiri diri masing-masing sejauh manakah kuliah Ramadhan telah dapat mentarbiahkan hati kita.

Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas dengan masalah tempat letak kereta di Masjid Al-Lutpi dan Masjid Pekan Pendang,aku dan keluarga memilih untuk solat sunat Aidil Fitri di Masjid Sultanah Hamimah,Tanjong Radin.

Seperti biasa,sebelum memulakan solat,Tuan Imam memberi peringatan mengenai aturan solat terlebih dahulu,maalumlah biasa saja terjadi kekeliruan @ terlupa kerana solat sunat hari raya ini hanya 2x setahun dan berbeza dengan solat sunat yang lain kerana adanya takbir dan tasbih.

Secara ringkasnya : rakaat pertama ada 7 takbir (tidak termasuk takbiratul ihram) dan 6 tasbih sementara rakaat kedua 5 takbir (tidak termasuk takbir istikholat) dan 4 tasbih.

Rakaat pertama : Niat & takbiratul ihram - doa iftitah - takbir 1 - tasbih 1 - takbir 2 - tasbih 2 - takbir 3 - tasbih 3 - takbir 4 - tasbih 4 - takbir 5 - tasbih 5 - takbir 6 - tasbih 6 - takbir 7 - (Imam membacakan Fatihah ..... berterusan kita mengikut Imam seperti solat jemaah yang lain sehingga lah gerakan sujud.

Rakaat kedua : bangun dari sujud dan berdiri betul kalau ada yang mengangkat takbir itu dinamakan takbir istikholat (ikut suka masing-masinglah nak buat atau tidak pastu - takbir 1 - tasbih 1 - takbir 2 - tasbih 2 - takbir 3 - tasbih 3 - takbir 4 - tasbih 4 - takbir 5 - Imam membacakan Fatihah .... berterusan kita mengikut Imam sehinggalah salam.

Jika kita buat 7 takbir 7 tasbih @ 5 takbir 5 tasbih iaitu kita ending tiap-tiap kali tu dengan tasbih (bukannya ending dengan takbir) maknanya kita dah silap! Pastu tunggulah hingga selesai khatib membaca khutbah barulah dikira lengkap solat sunat Aidil Fitri kita tu.

Tak lama lagi kalau umur panjang kita akan solat sunat Aidil Adha plak.Sama gak caranya cuma niatnya jerr yang ubah skit so jangan silap lagi tauuuuu!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam