Waktu Solat Sunat Isyraq & Waktu Diharamkan Solat
Pagi jumaat kelmarin aku berkesempatan berbual-bual dengan seorang Imam masjid.Pada mulanya bual-bual berkaitan isu semasa ummat (bukan isu politik)dan ibadah puasa dan bulan Ramadhan yang sedang lalui.
Aku teringat satu isu yang ingin aku perjelaskan untuk keyakinan diri sendiri dan Tuan Imam ini adalah the right person.
Persoalannya : waktu solat Isyraq itu bila matahari terbit sedangkan waktu matahari terbit sehingga ketinggian matahari segalah - adalah antara waktu-waktu yang diharamkan solat,jadinya bolehkah solat Isyraq tu?
Panjang juga penjelasan Tuan Imam dan ada beberapa istilah syariat aku dah lupa tetapi ringkasannya camni : Tidak diharamkan untuk solat yang ada sebab kejadian contohnya kita solat Isyraq tu sebab kejadian matahari terbit (kalau matahari tak terbit masa tu kita pun tak akan solat masa tu)Jadinya dengan sebab kejadian matahari terbit waktu tu lah yang menjadikan solat Ishraq (matahari terbit)itu dibolehkan.
Contoh lain : jika berlaku gerhana matahari sedangkan waktu itu kita dah lepas solat asar tetapi belum masuk waktu maghrib - kita boleh melakukan solat sunat gerhana.
Contoh lagi : jika kerana keperluan yang tak dapat ditangguhkan lagi kita terpaksa bertolak @ memulakan perjalanan perjalanan jauh maka kita boleh melakukan solat musafir di waktu-waktu yang diharamkan solat itu (pastikan selepas solat itu kita akan terus bertolak @ memulakan perjalanan jauh kita tu.
Nota : jika ada silap faham aku dalam catatan ini - pohon pembaca sekelian membuat pembetulan dalam ruang komen di bawah untuk manfaat kita bersama - 'Addinnu Nasihah' - Wassalam!
Comments
Post a Comment