Andainya tiba giliranku,telah bersediakah aku ???

Pagi kemarin aku menziarahi jenazah arwah ayahanda rakan sekerja ku.

Masya Allah .... bibir arwah mengukir senyuman!

Alhamdulillah! takziah buat teman sekerja ku itu dan tahniah kerana arwah ayahanda mu `rasanya' telah memiliki dan menemui happy ending!

Kata orang arwah semasa hidupnya adalah `smiling person' namun hakikatnya ketika nafas akhir menghampiri tenggorok beberapa ketika lagi akan meninggalkan jasad diketika itu akan tergambar di ruang mata bakal arwah itu kemanakah jalan akhir yang akan dilaluinya.Samada kuburnya nanti akan berupa taman-taman syurga atau pun pintu neraka.Pastinya akan senang hati dan tidak merasa terkejut untuk melepaskan nyawa itu pergi sekiranya tepat yang menanti adalah selesa untuk ditempati @ husnul khatimah!

Sepanjang perjalanan pulang,soalan ini menggasak kotak fikiran ku - andainya telah tiba giliran ku,apakah aku telah bersedia dengan bekalan yang mencukupi untuk perjalanan yang amat jauh itu - apakah aku juga tersenyum kerana beroleh husnul khatimah!

video clip kat bawah ni tak ada kena mengena dengan arwah kat atas tu sekadar aku paparkan di sini untuk muhasabah diri



Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam