Oi Bangunlah Oi Rindu Eropah Tawan Damascus

Akhirnya ku temui juga Rindu Eropah Tawan Damascus nih di Alor Setar

Petang kelmarin setelah selesai urusan pendaftaran kes di Komplek Mahkamah Alor Setar,naluri ku mengajak ke kedai buku Popular di tingkat atas Bangunan City Plaza.Baru aku terperasan rupanya dalam misi aku mencari buku travelog Munir Ramli nih aku dah ter`miss' satu kedai iaitu Popular City Plaza.

Setelah merayap dari satu rak ke satu rak,untuk menjimatkan masa aku mengambil keputusan untuk bertanya kepada pekerja di bahagian jualan buku-buku tersebut.

"Kat sini ada jual buku-buku Alaf 21 kan"
"Ada....buku apa yang encik cari"
"Buku Rindu Eropah Tawan Damascus"
"Rasanya ada...encik tunggu sat....saya nak check dalam sistem"

Sementara menunggu gadis melayu hitam manis itu melaksanakan tugasnya membantu ku,aku terus menjamu mata membelek buku-buku yang dipamerkan di situ.Mata ku tertumpu kepada buku nih!

Oi! Bangunkah Oi! - Dr, HM Tuah Iskandar al-Haj
Grupbuku Karangkraf Sdn.Bhd. - RM10.00

Lebih kurang 10 minit berlalu ....
"Encik ... ini buku yang encik cari tu"
"Ya" jawab ku setelah seketika melihat dan membaca kulit luar depan belakang buku tersebut.
"Nak buka ker plastiknya tu?"
"Boleh juga...manalah tau kot-kot ada page yang kosong(miss print)"

Yes,yes,yes syukur akhirnya ku miliki juga buku ini.Rancangan untuk menyambung bacaan buku pertama karangan Munir Ramli ini terlaksana.lebih mengasyikkan membaca buku ini ketika apa yang telah dibaca di dalam buku Pemata Di Bumi Kaabah itu masih segar di ingatan.

Namun begitu rasanya aku nak baca buku Dr. HM Tuah tu dulu laaa ...dia nih pun kaki travel gak nih!

Rindu Eropah Tawan Damascus - Munir Ramli
Grupbuku Karangkraf Sdn.Bhd. - RM18.00

* untuk makluman : satu-satunya syarikat penerbitan yang menjadikan moto perniagaannya ialah menyajikan bahan bacaan yang berkualiti kepada umum tetapi dengan harga yang minima untuk menggalakan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia ialah Karangkraf Sdn.Bhd. Anda boleh bandingkan sendiri harga buku-buku yang dikeluarkan oleh penerbitan ini dengan yang lain-lainnya.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam