Permata Di Pintu Kaabah Munir Ramli
Dah hampir jam 2.35 pagi namun mata ku ini masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda mahu beradu.Masih mahu bersengkang mata meneruskan kehidupan di alam jaga walau pun waktu telah melewati dinihari.
Awal malam tadi aku telah menghabiskan bacaan buku travelog ini.
Menarik dan penuh informasi isi kandungannya.Terutamanya (bagi aku) info berkaitan dengan bermulanya sistem muassasah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mentadbir jemaah haji yang mendadak tiba pada tiap-tiap kali musim haji dan ragam kerenah pak syeikh-pak syeikh haji yang terancam sumber pendapatan mereka dek sistem muassasah ini.
Aura suka gaya penceritaan Munir Ramli ini mendorong aku untuk cuba mencari di kedai-kedai buku di sekitar Alor Setar buku terdahulunya iaitu Rindu Eropah Tawan Damascus.Malangnya buku travelog pertama Munir Ramli yang dikeluarkan oleh Alaf 21 pada tahun 2011 ini telah habis di pasaran.
Perlu bagiku untuk membaca buku itu kerana Permata Di Pintu Kaabah ini adalah sambungan dari buku Rindu Eropah Tawan Damascus.
Rasanya peluang untuk memiliki buku itu masih ada kerana tadi mailbox ku telah menerima email balas dari Karangkraf Mall (pengedar) menyatakan bahawa buku tersebut masih ada dijual di premis mereka di Shah Alam.
Soalnya sekarang `hendak seribu daya tak hendak seribu dalih'.Aku - nak! nak! nak!
Comments
Post a Comment