Bila tak sihat .... macam-macam teringat!

Perjalanan dari Pendang ke KL seterusnya menginap di sebuah hotel di Jalan Tunku Abdul Rahman kerana isteri tersayang nak shopping - entah kenapa kesihatan ku terganggu.Mungkin faktur usia yang semakin menghampiri penghujungnya ini.

Ketika sebegini,bila tak sihat .... macam-macam teringat.Teringatkan rakan kenalan yang sama-sama di bangku sekolah,Sekolah Kebangsaan Pendang,Sekolah Menengah Pendang,Sekolah Menengah Dato' Syed Omar dan Sekolah Menengah Jitra yang telah pun bergelar arwah.Terkenangkan rakan-rakan yang sama selatihan di Institut Kesihatan Umum,Jalan Bangsar,Kuala Lumpur yang telah pergi dahulu menyahut seruan Ilahi seorang rakan dari Kuala Selangor malah tak sempat pun merasa gaji pertama bekerja) Innalillahhi wainna ialaihirajiun.Sesungguhnya kita ini milik Allah swt,darinya kita datang dan kepadanya kita akan kembali.

Akhir hidup mereka itu telah pun terjadi.Akhir hidup ku kini yang masih belum pasti antara husnul khatimah atau soul khatimah (semoga dijauhkan Allah swt dari soul khatimah) sementara jantung ini masih berdegup dan nadi masih berdenyut.

Setiap hari 27 kali Malaikat Izrail mengunjungi kita bersama-sama dengan senarai nama kematian - mujurlah nama kita belum dalam senarai lagi sebab itu kita masih hidup ketika ini,tetapi masanya akan tiba juga!

Diriwayatkan semasa pembahagian tugas,Malaikat Izrail mengadu kepada Allah swt bahawa tugasnya mencabut nyawa makhluk itu akan menjadikannya tidak popular dan Allah swt menegaskan kematian setiap makhluk adalah atas perintah dan kehendak Allah swt dan tugas Malaikat Izrail hanyalah menjalankan arahan/perintah sahaja.

Makanya jangan sesekali kita beriktikad atau berkata sipolan itu meninggal dunia kerana sakit jantung,kencing manis dsbnya - yang sebenarnya sipolan itu meninggal dunia kerana telah begitu kehendak Allah swt.

Terkini dua rakan sekerja dan jiran setaman perumahan di serang angin ahmar (stroke) .... terasa seperti satu amaran dan peringatan akhir plak untuk ku ..... bersedia supaya tidak mengalami hal yang sama dengan situasi kehidupan seharian,faktur fizikal dan usia!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam