Bubur Assyura - Jangan Fitnah Nabi Nuh as.

Menjadi tradisi masyarakat kita pada sekitar tarikh 10 Muharram tahun hijrah akan mengadakan majlis gotong royong memasak bubur assyura.Sememangnya aktiviti sebegini amatlah baik dalam usaha memupuk semangat ukhuwah sesama jiran tetangga.
 
Masing-masing menyumbang bahan-bahan yang berbagai-bagai mengikut resepi yang tersendiri bubur assyura ini dan hasilnya nanti setelah masak diagih sesama sendiri atau pun dihidang makan beramai-ramai.
 
Seiring dengan aktiviti ini akan ada cerita hikayat kononnya bubur assyura ini ada sangkut pautnya dengan peristiwa Nabi Nuh as. setelah bahtera Baginda mendarat (apabila banjir besar surut).Untuk memasak makanan bagi semua penghuni bahtera yang kelaparan itu,Nabi Nuh as mengarahkan supaya apa saja benda yang boleh dimakan dibawa kepada Baginda dikumpulkan untuk dimasak dan dimakan beramai-ramai.Sebab itulah bahan-bahan yang terdapat dalam bubur assyura itu berbagai-bagai.
 
Tahukah kita semua bahawa cerita hikayat ini adalah fitnah kita kepada Nabi Nuh as.Menfitnah Nabi-Nabi adalah berdosa.
 
Tidak ada nas atau hadis atau apa-apa saja catatan sahih yang menghubungkaitkan antara bubur assyura ini dengan Nabi Nuh as.
 
Jarak antara zaman Nabi Nuh as dengan zaman Nabi Muhammad saw adalah jauh dan sumber yang dapat dipegang untuk rujukan ialah apa yang diberitahu kepada kita oleh Nabi saw kerana pengetahuan Baginda adalah bersumberkan wahyu Allah swt.Nabi saw tidak pernah pun menyebut mengenai bubur assyura ini dan apa yang berkaitan dengan 10 Muharaam hanyalah saranan untuk berpuasa.
 
Makanya marilah kita teruskan tradisi baik bergotong royong memasak dan memakan bubur assura beramai-ramai ini dan marilah kita berhenti menfitnah Nabi Nuh as dengan terus menerus bercerita hubungkait bubur assyura ini kepada generasi kita yang berikutnya.
 
Wallahuaq'lam bissowab 

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam