AWAS : Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Allah berselawat ke atas penghulu kami s.a.w dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Allah, barang siapa yang aku ketahui dari apa yang Engkau larangi (melakukannya tetapi aku telah melakukan) dan aku belum lagi bertaubat darinya dan Engkau pula tidak meredhainya dan Engkau tidak melupainya. Dan aku telah melakukan di dalam keadaan dimana Engkau berupaya menghukumku (tetapi) Engkau mengilhamkan dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-doasa itu semuanya. Maka sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku dengan taubat di mana aku mengetahui engkau meredhainya dan Engkau menjanjikan akan pahala di atas perbuatan taubat itu. Dan aku meminta kepadaMu ya Allah , yang Maha Pemurah, Maha Agung dan Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan ke atas keluarganya, sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka

Doa ini hendaklah dibaca 3x sementara menanti waktu Maghrib (sebelum azan) pada malam 29 Zulhijjah (Rabu 14 November 2012). Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Allah berselawat dan mengurniakan kesejahteraan ke atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Wahai Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang Qadim, Yang Awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu disepanjang tahun ini daripada syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu, wahai yang Maha Agung dan Maha Mulia. Yang paling pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad s.a.w, nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya kesejahteraan ke atas mereka.

Doa ini hendaklah dibaca 3x selepas azan Maghrib pada malam 1 Muharram (Rabu 14 November 2012). Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."


Nota : Bermulanya perlaksanaan 1 Muharram sebagai permulaan tahun Hijrah dalam kalendar Islam semasa pemerintahan Sayyidina Umar alKhattab iaitu kira-kira 8 tahun selepas kewafatan Baginda Rasulullah saw.

Perhatikan makna doa yang bewarna merah itu?

Siapa yang beritahu syaitan akan kata begitu?  Sedangkan insan mulia yang punyai kebolehan istimewa untuk tahu perkara-perkara ghaib sebegitu telah pun 8 tahun terlebih dahulu wafat.Siapa yang tetapkan kena baca 3x sebegitu sedangkan Rasulullah saw pernah bersabda tidak ada doa yang khusus untuk sesuatu peristiwa.

Berhati-hati dalam amalan kita - berdosa kita menfitnah Rasulullah saw jika kita beriktikad bahawa doa ini ada hubungkait dengan Baginda.Jika nak berdoa dengan doa ini lafazkan saja dan serahkan seikhlasnya dihati kepada Allah saw untuk ganjarannya.Buangkan jauh-jauh fadhilat doa yang tertera itu.

Waspada supaya tidak menutup tahun yang lalu dan memulakan tahun baharu dengan amalan yang mengundang DOSA.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam